Aplikasi Nintendo Switch Online Akan Dilancarkan 21 Julai Ini Bagi Menyokong Perbualan Dalam Permainan

Permainan multiplayer lebih seronok dimainkan jika perbualan dapat dilakukan di antara pemain. Rakan-rakan atas talian boleh berbincang taktik untuk menewaskan musuh secara sistematik. Nintendo Switch setakat ini tidak menyokong sistem perbualan di antara pemain secara atas talian. Ia hanya akan boleh mula digunakan menerusi aplikasi peranti pintar Nintendo Switch Online yang bakal dilancarkan 21 Julai ini.

Tarikh ini dipilih kerana ia jatuh pada hari pelancaran Splatoon 2 yang merupakan sebuah permainan multiplayer. Nintendo berkata sokongan perbualan dalam permainan dilakukan menerusi aplikasi kerana ia lebih mudah berbanding perlu membawa fon telinga sepanjang masa.

Selain sokongan perbualan, aplikasi ini juga mempunyai perkhidmatan pemesejan, maklumat terkini permainan dan lobi untuk berbual bersama teman. Buat masa ini Nintendo Switch Online hanya diumumkan untuk peranti iOS dan digunakan bersama Splatoon 2.


EmoticonEmoticon