AOC Melancarkan Monitor Yang Menyelesaikan Masalah Kabel Berselirat

Terdapat segelintir pengguna yang hidup serba minimalis dan memerlukan meja kerja yang kemas sepanjang masa. Kabel kuasa dan HDMI yang berselirat pada panel belakang monitor dianggap sebagai pencemaran estetik. Untuk mereka AOC melancarkan dua monitor yang menyelesaikan masalah kabel berselirat.

Kabel kuasa monitor PDS241 dan PDS271 dipasang terus pada bahagian kaki. Kabel HDMI pula disambungkan terus kepada blok kuasa monitor. Dengan ini hanya satu kabel dapat dilihat bersambung kepada monitor yang dihasilkan dengan kerjasama Studio F.A Porsche. Kedua-dua monitor mempunyai rekaan tanpa bezel dengan resolusi maksimum 1080P. Harga jualan untuk monitor-monitor ini bermula dari $199 (~RM 857) sebuah.


EmoticonEmoticon