Amabrush – Berus Gigi Automatik Bagi Mereka Yang Malas Memberus Gigi

Bangun pagi gosok gigi cuci muka pakai baju. Ini ialah rangkap pertama lagu yang dinyanyikan oleh anak kecil yang baru bersekolah. Tetapi terdapat segelintir individu yang malas memberus gigi. Bagi mereka, berus gigi Amabrush dihasilkan.

Amabrush ialah berus gigi bermotor yang boleh memberus gigi dalam masa hanya 10 saat. Menurut pereka, ini adalah mencukupi kerana kesemua gigi diberus secara serentak. Bateri yang dicas secara tanpa wayar boleh bertahan selama sebulan. Amabrush sedang mengumpul dana menerusi Kickstarter dan boleh dipesan pada harga £79 (~RM 440). Berus gantian yang perlu diganti setiap tiga bulan dijual pada harga £6 (~RM 39) sebuah.


EmoticonEmoticon