WhatsApp Melanjutkan Sokongan Untuk BlackBerry Sehingga Penghujung 2017

WhatsApp sebelum ini telah mengumumkan bakal menamatkan sokongan untuk BlackBerry pada 30 Jun 2017. Walaubagaimanapun, kini ia dilihat pihak WhatsApp memperluaskan sokongan berkenaan, dan melalui kemaskini baru menyatakan WhatsApp untuk BlackBerry bakal disokong sehingga 31 Disember 2017 kelak.

Selepas tarikh berkenaan, WhatsApp mengatakan pengguna tidak lagi boleh menggunakan perkhidmatan berkenaan kerana ia tidak akan disokong lagi pada peranti berkenaan.

WhatsApp BlackBerry

Pada masa yang sama, WhatsApp dilihat turut menyediakan pilihan mengimport data daripada BlackBerry ke Android melalui penggunaan kad mikro-SD, dan seterusnya mengikuti pelbagai permesejan sedia ada melalui telefon pintar Android.

Bagi anda yang menggunakan peranti BlackBerry, mungkin boleh mengemaskini aplikasi WhatsApp Messenger anda hari ini, dan meneruskan penggunaan aplikasi berkenaan untuk tempoh enam bulan lagi.

WhatsApp BlackBerry

Muat-Turun WhatsApp Messenger untuk BlackBerry


EmoticonEmoticon