Semua Powerbank Perlu Menerima Pengesahan Sirim Dan KPDNKK

Dengan perkembangan arena peranti mudah-alih, salah satu masalah utama yang melanda pengguna adalah masalah bateri yang tidak mampu bertahan sepanjang hari pada peranti pintar mereka. Untuk mengatasinya, ramai yang menggunakan powerbank untuk bekalan kuasa tambahan.

Pada hari ini, powerbank dijual secara meluas dan terbuka. Namun, salah satu perkara yang kurang diberikan perhatian adalah keselamatan dan adakah ia mengikuti spesifikasi keselamatan yang ditetapkan.

Bercakap mengenainya, kerajaan mengatakan yang mana bermula tahun hadapan, semua powerbank yang dijual di pasaran perlu mempunyai persijilan dan pengesahan daripada Sirim.

Dengan langkah ini, kita boleh dapat melihat penjualan powerbank yang tidak mematuhi spesifikasi keselamatan dapat dikurangkan – sekaligus mengurangkan bahaya kepada pengguna.


EmoticonEmoticon