Google News Versi Web Diberikan Nafas Baru

Google News merupakan salah satu halaman sehenti yang memudahkan pengguna mengikuti pelbagai perkembangan harian dalam dunia, politik, ekonomi, sukan dan sebagainya dengan mudah. Hari ini, Google memperkenalkan kemaskini rekabentuk antaramuka baru untuk Google News, dimana ia kini mengikuti rekaan berasaskan Material Design seperti sejumlah priduk Google yang lain.

Google News

Google News juga kini menggunakan rekaan berbentuk Cards dalam memaparkan berita, mahupun widget ditepi seperti paparan cuaca, berita terkini dan sebagainya. Disamping itu, Google News turut kini memaparkan semakan fakta berita berkenaan sesuatu yang tersebar dari arena internet dari beberapa sumber – dan lebih memfokuskan kepada berita antarabangsa buat masa ini.

Kemaskini baru ini bakal diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna seluruh dunia bermula hari ini.


EmoticonEmoticon