ASUS Malaysia Memperlihatkan Perbezaan Diantara ASUS ROG Phone II Untuk Pasaran Tempatan Dan Versi Tencent Untuk China

ASUS telah memperkenalkan peranti pintar gaming mereka yang terbaru, iaitu ASUS ROG Phone II dimana ia hadir dengan spesifikasi dalaman yang boleh dikatakan overkill, dan sarat dengan ciri-ciri yang cukup menarik.

Buat masa ini, tarikh pelancaran dan tanda harga untuk pasaran tempatan masih belum diperlihatkan lagi untuk peranti tersebut, tetapi pihak ASUS Malaysia baru sahaja mengesahkan spesifikasi dalaman untuk peranti ROG Phone II tersebut yang akan dibawa masuk ke Malaysia.

Apa yang menarik mengenai pengumuman ini ialah ia dibuat dari segi perbandingan dengan peranti ROG Phone II versi Tencent yang sepatutnya hadir di pasaran China sahaja.

Melalui carta yang disediakan, kita dapat melihat bahawa spesifikasi dalaman seperti sokongan rangkaian 4G, jumlah memori (12GB) dan storan (512GB, 1TB) semuanya jauh lebih tinggi daripada versi Tencent. Model tempatan juga hadir dengan sokongan untuk Intel WiGIG, dan ini tidak hadir pada versi Tencent.

Dari segi aksesori, model ROG Phone II untuk pasaran Malaysia akan menerima rekaan rangka kaca sepenuhnya, aksesori penyejuk AeroActive Cooler dan kerangka Aero Case yang jauh lebih baik daripada kerangka lutsinar yang disertakan dengan versi Tencent.

Bukan itu sahaja, setiap pembelian model ROG Phone II tempatan juga akan menerima pengecas 30W, kabel USB Type-C-to-C, dan semua aksesori-aksesori ini akan dimuatkan didalam kotak Six Prism yang hadir dengan rekaan menarik.

Apabila ditanya bilakah peranti ASUS ROG Phone II ini akan memasuki pasaran tempatan, jurucakap ASUS Malaysia hanya memberitahu kami bahawa butiran tarikh dan harga akan diumumkan “tidak lama lagi”.

Apple Sedang Menguji Skrin OLED Keluaran BOE Untuk Digunakan Pada iPhone

Apple Sedang Menguji Skrin OLED Keluaran BOE Untuk Digunakan Pada iPhone

Skrin OLED yang digunakan pada iPhone XS  dan XS Max dihasilkan oleh Samsung dan LG. Dengan ini, Apple akan dapat mengurangkan pergantungan pada satu pembekal sehingga tidak dapat melakukan rundingan harga. Apple mungkin akan menggunakan skrin OLED keluaran BOE pula bagi memberikan saingan kepada LG dan Samsung.

Menurut laporan Nikkei Asian Review,  Apple sedang menguji skrin OLED keluaran BOE sebelum mengambil keputusan mengambil mereka sebagai pembekal menjelang penghujung 2019. Sekiranya mereka berjaya. BOE akan menjadi pembekal skrin pertama dari China digunakan oleh Apple pada iPhone. Sebelum ini mereka hanya menggunakan skrin OLED dari Korea Selatan dan skrin LCD dan Jepun.

BOE dipercayai dapat menawarkan harga panel OLED yang lebih rendah kerana menerima subsidi dari kerajaan China. Kepakaran mereka menghasilkan skrin OLED sudahpun diperlihatkan pada peranti Huawei seperti Mate 20, P30 Pro dan Mate X. Mereka juga menjadi pengeluar pertama menghasilkan skrin LCD dengan pengimbas cap jari bawah skrin.

Sony Xperia 1 Kini Boleh Dipra-tempah Pada Harga RM4299 – Hanya Akan Mula Dijual Oktober

Sony Xperia 1 Kini Boleh Dipra-tempah Pada Harga RM4299 – Hanya Akan Mula Dijual Oktober

Berdasarkan ruangan komen, masih terdapat ramai peminat peranti Sony di Malaysia walaupun negara kita bukan lagi menjadi pasaran sasaran mereka. Bagi mereka yang menantikan Sony Xperia 1 sejak Februari lalu, peranti boleh dipra-tempah pada harga RM4299 bermula esok 25 Ogos sehingga 6 Oktober dengan jualan bermula 8 Oktober. Pelanggan yang melakukan pra-tempahan akan menerima kerangka lutsinar, pelindung skrin dan fon telinga nirwayar Sony WH-1000XM3 secara percuma.

Xperia 1 hadir denganskrin 6.5-inci dengan panel 4K OLED. Ini sekaligus menawarkan paparan yang sangat terang dan turut menyokong paparan HDR. Ia dijana menggunakan cip Snapdragon 855, memori 6GB RAM, storan sebesar 128GB dan bateri berkapasiti 3300mAh.

Untuk rakaman gambar, Sony Xperia 1 menyertakan tri-kamera belakang yang mana menggunakan lensa sudut-lebar 12MP, lensa telefoto 12MP, dan sudut ultra-lebar 12MP. Sony turut menyertakan sokongan enjin Bionz X dalam rakaman yang lebih cantik padanya. Sony turut menyertakan beberapa sokongan mod rakaman video, termasuk “Cinema Pro” untuk rakaman video sinematik pada nisbah 21:9.

Melengkapkan peranti ini juga adalah sokongan audio berkualiti-tinggi dan speaker stereo. Sony Xperia 1 turut menyertakan sokongan Side Sense yang membolehkan pengguna tap pada sisi peranti bagi mengakses sesuatu aplikasi dengan mudah. Xperia X1 juga turut menyertakan kembali sokongan pengimbas cap jari pada bahagian tepi peranti.

Gangguan Sistem Di KLIA Dan KLIA2 Berterusan Ke Hari Kedua

Gangguan Sistem Di KLIA Dan KLIA2 Berterusan Ke Hari Kedua

Gangguan sistem rangkaian Internet di KLIA dan KLIA2 semalam mengakibatkan operasi di kedua-dua lapangan terbang mengalami gangguan. Proses daftar masuk penumpang dan sistem maklumat penerbangan kesemuanya dilakukan secara manual. Tular di media sosial maklumat penerbangan dipaparkan pada papan putih dengan menggunakan marker.

Walaupun mengatakan sistem telah pulih petang semalam, pihak Malaysia Airports mengeluarkan kenyataan terkini yang mengatakan rangkaian Internet masih belum stabil sehingga jam 6 pagi ini . Oleh itu kesemua penumpang disarankan sekali lagi untuk hadir empat jam sebelum waktu penerbangan bagi melancarkan proses perjalanan Malaysia. Bagi pelanggan yang terjejas, My Airports akan menawarkan parkir percuma di KLIA (blok A,B,C,D) sehingga enam pagi ini.

Sementara itu menurut laporan Bernama, Menteri Pengangkutan Anthony Loke kini meminta Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memberikan penerangan mengapa insiden ini berlaku.

Gangguan yang berlaku sejak semalam mengakibatkan sistem pendaftaran masuk penumpang, sistem bagasi, paparan maklumat penerbangan WiFi dan pembayaran menggunakan kad lumpuh. Lebih 60 penerangan juga mengalami kelewatan di pintu masuk udara utama negara.

Face ID Pada iPhone 11 Mungkin Berfungsi Walau Peranti Diletakkan Rata Di Atas Meja

Face ID Pada iPhone 11 Mungkin Berfungsi Walau Peranti Diletakkan Rata Di Atas Meja

Di dalam beberapa video promosi awal iPhone X dua tahun lalu, peranti dilihat dapat melakukan imbasan wajah Face ID walaupun ia diletakkan di atas permukaan rata. Pada peranti sebenar iPhone perlu dipegang menegak sebelum Face ID boleh berfungsi.  Seperkara lagi yang mengecewakan ialah, Face ID tidak boleh berfungsi jika peranti dipegang mendatar

Menurut laporan Bloomberg semalam, iPhone 11 akan hadir dengan beberapa pembaharuan yang menyelesaikan masalah ini. Kamera Face ID akan mempunyai kemampuan sudut yang lebih lebar bagi membolehkan ia mengimbas wajah walaupun diletakkan rata di atas meja. Selain itu panel belakang akan lebih tahan hentakan menggunakan teknologi kaca terbaru yang masih lagi belum dikenalpasti. Apple turut dipercayai akan menawarkan semula peranti dengan warna pusam.

Turut dilaporkan ialah tri-kamera utama pada iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max. Kamera ketiga hadir dengan lensa sudut ultralebar yang dipopularkan oleh Huawei. Tambahan lagi tiga gambar boleh diambil serentak oleh peranti dan dengan menggunakan perisian sebuah gambar komposit yang lebih baik dapat dihasilkan. iPhone 11 yang merupakan pengganti iPhone XR pula akan hanya dilengkapi dwi-kamera dengan lensa sekunder menyokong fungsi zum optikal.

Tiga model iPhone 11 dipercayai akan dilancarkan pada 10 September hadapan. Pada hari tersebut semua teka teki mengenai spesifikasi akan akhirnya terjawab

Google Photos Kini Boleh Membaca Perkataan Dan Mencari Imej Berdasarkan Teks Dalam Gambar

Google Photos Kini Boleh Membaca Perkataan Dan Mencari Imej Berdasarkan Teks Dalam Gambar

Dengan ribuan imej diambil setiap tahun proses mencari semula gambar yang telah dimuat naik ke Google Photos akan menjadi agak sukar. Sebagai contoh di akhir bulan kami terpaksa menatal ratusan gambar untuk mencari resit parkir untuk melakukan tuntutan wang dari majikan. Google Photos secara senyap telah dikemaskini dengan fungsi membaca imej di dalam gambar dan melakukan carian berdasarkan teks di dalam gambar.

Fungsi ini ditemui oleh seorang pengguna dan disahkan sendiri oleh akaun rasmi Google Photos semalam. Ia amat berguna untuk pelajar kerana teks dari gambar dokumen misalnya boleh di salin tampal terus ke dalam dokumen lain. Ini dilakukan dengan menekan ikon Google Lens di dalam Photos. Pilih teks yang diinginkan dan kemudian tekan Copy Text. Teks yang telah disalin boleh ditampal ke dokumen lain secara terus.

Pada waktu yang sama gambar yang telah dimuat naik boleh dicari dengan menggunakan kata kunci. Seperti yang anda boleh lihat pada gambar di atas, kami melakukan carian Samsung dan imej dengan perkataan Samsung didalamya disenaraikan oleh Photos. Sila kemas kini aplikasi Photos anda hari ini untuk mencuba fungsi baharu hari ini.

Samsung Mula Menawarkan Imej Latar Belakang Rekaan Khusus Untuk Galaxy Note 10

Samsung Mula Menawarkan Imej Latar Belakang Rekaan Khusus Untuk Galaxy Note 10

Kerana wujudnya lubang kamera Infinity-O pada skrin Galaxy Note 10 dan Note 10+, proses mencari imej latar belakang yang sempurna menjadi lebih sukar. Tetapi kepada mereka yang sudahpun memiliki Note 10, anda tidak perlu pening kepala Samsung menawarkan imej latar belakang yang direka khusus untuk peranti terbaru anda.

Terdapat sembilan imej latar belakang boleh dimuat turun dari Samsung Store. Kesemua imej-imej ini dihasilkan oleh pereka grafik dengan rekaan yang menyorokkan atau mengintegrasikan lubang kamera swafoto secara terus. Sebelum ini Samsung turut menawarkan imej latar belakang rekaan khas untuk Galaxy S10, S10+ dan S10e. Bagi pengguna Note 10, anda boleh mengakses koleksi sembilan imej latar belakang rasmi ini menerusi pautan di bawah.

Muat turun Imej latar belakang rasmi untuk Samsung Galaxy Note 10